Bersama Dalam Kebaikan Campaign
Terma dan Syarat
1. Bersama Dalam Kebaikan (“Peraduan”) dianjurkan oleh Liberty General Insurance Berhad (“LGIB”) dengan Nombor Pendaftaran: 197801007153 (44191-P)).
2. Peraduan ini dibuka untuk penyertaan dari 8 September 2025 hingga 30 September 2025, kedua-dua tarikh termasuk, kecuali diberitahu sebaliknya (“Tempoh Peraduan”).
3. LGIB berhak untuk menamatkan Peraduan ini pada bila-bila masa lebih awal mengikut budi bicara mutlaknya.
Kelayakan
4. Peraduan ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas
5. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta dikehendaki memenuhi syarat-syarat berikut:
Cara Mudah Untuk Sertai Peraduan:
Langkah 1: Ikuti akaun rasmi Instagram @libertyinsurance.my dan @kurniainsurans
Langkah 2: Kongsikan semula (repost) dan tinggalkan komen tentang kisah "Bersama Dalam Kebaikan” yang pernah anda alami.
Langkah 3: Kongsikan visual Peraduan ini di Instagram Story anda dan tag kami di @libertyinsurance.my serta @kurniainsurans.
Pemilihan Pemenang
6. Lima puluh (50) pemenang akan dipilih daripada jumlah penyertaan yang layak dan diterima melalui halaman Instagram Liberty Insurance Malaysia dan Kurnia Insurans.
7. Semua penyertaan akan disusun secara rawak, dan jumlah keseluruhan penyertaan akan dibahagikan dengan lima puluh (50) (“Jumlah Hadiah”), dibundarkan ke nombor bulat terdekat untuk menentukan penyertaan yang disenarai pendek. Sebagai contoh, sekiranya terdapat 500 penyertaan, maka 500 dibahagi dengan 50 yang bersamaan dengan 10. Oleh itu, setiap penyertaan ke-10 akan disenarai pendek (contoh: (10, 20, 30, 40, 50…., 180, 190, 200).
8. Setiap peserta hanya disyorkan sebagai pemenang sekali sahaja, tanpa mengira bilangan penyertaan yang dihantar. Jika peserta yang sama dipilih lebih daripada sekali, pemenang baharu akan dipilih sebagai pengganti.
9. Lima puluh (50) peserta pertama yang layak dan disenarai pendek berdasarkan jumlah penyertaan akan dipilih sebagai pemenang, dan mereka perlu melengkapkan langkah-langkah berikut untuk menuntut hadiah:
- Pengesahan identiti; dan
- soalan mudah berkaitan dengan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
10. Pemenang terpilih akan diumumkan dan disiarkan di halaman Instagram Liberty Insurance Malaysia dan Kurnia Insurans.
11. Kakitangan LGIB tidak layak untuk menyertai Peraduan ini.
12. Pemenang yang terpilih juga dihubungi oleh Pasukan Akademi Perkhidmatan Pusat Perhubungan, Pasukan Pentadbiran atau agensi media yang dilantik melalui mesej langsung (Direct Message) di Instagram.
13. Sekiranya LGIB tidak dapat menghubungi pemenang terpilih selepas tiga (3) percubaan(sebagai contoh: tiada balasan pada mesej langsung di Instagram), LGIB berhak untuk memilih pemenang lain daripada kumpulan penyertaan yang layak dengan mengguna pakai proses yang sama.
14. LGIB tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang yang disenarai pendek tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.
Hadiah Peraduan
15. Lima puluh (50) pemenang akan dipilih melalui Peraduan ini.
16. Hadiah bagi Peraduan ini adalah seperti berikut:
Jenis | Hadiah | Jumlah Hadiah |
Hadiah | e-Baucer Touch ‘n Go bernilai RM20 | 50 |
17. Pemenang yang terpilih bertanggungjawab untuk memastikan bahawa mereka telah memberikan maklumat yang tepat seperti nama penuh, nombor telefon bimbit dan/atau alamat e-mel untuk menerima e-baucar.
18. Sekiranya pemenang yang telah disahkan memilih untuk memberikan nombor telefon bimbit dan/atau alamat e-mel pihak ketiga, LGIB tidak akan bertanggungjawab terhadap penerimaan e-baucar oleh pihak ketiga tersebut.
19. Pemenang yang terpilih juga bertanggungjawab untuk menebus e-baucar dalam tempoh sah laku yang ditetapkan sebelum 30 Disember 2025.
20. LGIB berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan hadiah dengan produk lain yang bernilai setara, atas sebarang sebab dan tanpa sebarang notis awal.
21. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit atau barangan lain, sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
Syarat Am Lain
22. Melainkan dinyatakan sebaliknya, Peraduan ini akan tamat 30 September 2025, pada pukul 11:59 malam, dan semua hadiah akan diagihkan selewat-lewatnya pada 30 Oktober 2025 (“Tempoh Pengagihan”). Selepas tarikh tersebut, Peraduan ini dianggap telah tamat. Tiada lagi pengagihan hadiah akan dibuat atau sebarang tuntutan terhadap Peraduan ini akan dilayan selepas 30 November 2025.
23. LGIB berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta dan/atau menahan atau menarik balik, secara keseluruhan atau sebahagian, sebarang hadiah sekiranya mana-mana peserta didapati atau disyaki terlibat dalam sebarang bentuk aktiviti penipuan (termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan identiti palsu, pengubahsuaian imej, spam secara sengaja atau manipulasi terhadap mana-mana proses atau laman sesawang LGIB).
24. Sekiranya LGIB mengesyaki mana-mana peserta terlibat dalam aktiviti yang melanggar undang-undang dan/atau penipuan, LGIB berhak untuk melaporkan aktiviti atau syak wasangka tersebut kepada pihak polis atau pihak berkuasa berkaitan, tanpa sebarang had.
25. LGIB berhak untuk meminda, mengubah atau menyemak semula terma dan syarat Peraduan ini, atau untuk menarik balik atau menamatkan Peraduan ini pada bila-bila masa, tanpa sebarang notis awal dan tanpa menanggung sebarang liabiliti.
26. LGIB berhak untuk menukar Tempoh Peraduan dan/atau Tempoh Pengagihan sekiranya pelancaran Peraduan ini tertangguh dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang perkara yang berkaitan.
27. Sebarang pembatalan, penamatan, penarikan balik atau penggantungan Peraduan ini oleh LGIB tidak boleh memberi peluang kepada mana-mana peserta layak untuk menuntut pampasan terhadap LGIB atas sebarang sebab, termasuk kerugian, tuntutan atau kerosakan yang dialami secara langsung atau tidak langsung akibat tindakan tersebut.
28. Keputusan LGIB adalah muktamad dan konklusif dalam semua perkara berkaitan dengan Peraduan ini.
29. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat Peraduan ini dengan bahan pemasaran atau promosi yang berkaitan, terma dan syarat Peraduan ini akan diguna pakai.
30. LGIB menasihati semua peserta supaya berhati-hati apabila menerima panggilan telefon atau mesej yang meminta maklumat peribadi semasa dan/atau selepas Peraduan ini. Peserta digalakkan untuk mengesahkan sebarang komunikasi sedemikian dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan LGIB secara terus.
31. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dengan ini memberikan kebenaran supaya data dan/atau maklumat peribadi peserta dikumpul, digunakan, diproses, didedahkan dan disimpan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”). Sila rujuk kepada Notis Privasi LGIB di laman sesawang berikut iaitu di www.libertyinsurance.com.my dan www.kurnia.com untuk maklumat lebih lanjut.
32. Pemenang yang layak tetapi tidak menerima hadiah dalam tempoh yang ditetapkan dinasihatkan untuk menghantar mesej langsung (Direct Message) ke akaun Instagram LGIB di @libertyinsurancemalaysia dan @kurniainsurans.
33. Terma dan syarat Peraduan ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan Undang-Undang Malaysia.